Sayang Mak

Selasa, Mei 12, 2009
Tidak seperti kebiasaan keluarga lain, keluarga saya jarang sekali meraikan perayaan seperti ulangtahun kelahiran dan juga perayaan berbentuk penghargaan untuk individu tertentu termasuklah hari ibu. Namun, saya tidak menafikan kebaikan sambutan tersebut kerana secara peribadi saya melihat perayaan-perayaan tersebut dapat mengeratkan lagi silaturrahim.

Walaupun saya dan keluarga hanya jarang-jarang menyambutnya, tetapi bila sekali disambut pasti terlihat raut wajah tersentuh hati, rasa nikmat berkeluarga. Untuk hari ibu kali ini kami sekeluarga tidak berkesempatan bersama, dan kalimah hari ibu masih lagi tidak saya ucap. Mak tentu menanti, dan saya menunggu masa yang sesuai. Plan A dah ada, tinggal laksanakan sahaja.

Setiap orang ada kelebihannya. Saya kagumi kemahiran keibuan mak sehinggakan saya bercita-cita berkemahiran seperti mak. Dari kecil maklah yang menyediakan hidangan untuk kami sekeluarga. Walaupun kami punya pengasuh, sebelum pergi dan selepas pulang dari kerja rutin memasak untuk keluarga akan mak ambil alih, pengasuh hanya sekadar membantu. Tapi setelah mak naik jawatan, mak sibuk, sarapan yang mak sediakan lebih 'simple' (seperti mee goreng, susur kodok dan cucur udang) dari sebelumnya; kuih pau, karipap, kek, pulut sekaya, pulut panggang dan macam-macam lagi.

Baju-baju kami juga telah mula ditempah bila mak naik pangkat. Mak bukanlah penjahit yang bertauliah, belajar menjahit pun daripada nenek yang juga tidak bertauliah, belajar menjahit pakaian selain baju kurung pula daripada contoh baju-baju yang telah siap. Tapi jahitan mak tetap sesuai dengan selera kami meskipun yang ditempah lebih kemas. Jubah-jubah jahitan mak juga mendapat pujian rakan-rakan.

Mungkin kasih ibu itu ada pada setiap sentuhannya, rezki mak naik pangkat menjadi ujian hati buat saya. Saya pernah terasa hati bila tiada lagi 'perkara sebelumnya' menjadi alasan sedangkan mak tetap tidak pernah abaikan kami, makan minum kami tetap mak jaga, pakaian kami tetap ada. Alhamdulillah sekarang mak dah pun pencen, dan perkara yang saya sangat rindui selama ini hadir semula.

Sayang Mak!

Sayang mak! mak pandai masak, pandai jahit, pandai berkebun, pandai potong rambut dan pandai pandai pandai jaga diriku. Semoga mak dikalangan para solihin...

0 comments:

Catat Ulasan