Ramai telah berblog, dari seusia satu angka hinggalah keperingkat umur wargamas. Dan pada hari ini saya mula menulis satu artikal untuk blog yang baru sahaja siap. Entah la, kemahiran menulis sangat tumpul, untuk menjadi blog paling laris tak tahu lah bila. Mungkin 10 tahun lagi saya sendiri akan tertawa dengan tulisan yang kebudak-budakan ini. Tapi niat diri untuk berkongsi, untuk mendidik mahu memberi dalam diri dan melatih diri menulis. Semoga apa yang dihajatkan akan tercapai.
Untuk pen'ziarah' pertama blog ini saya ucapkan 'tahniah!' kerana mampu mencari blog yang boleh diibaratkan sebutir garam di lautan.
Selamat menulis diriku, semoga setiap tulisan tidak menjerat diri kepada dosa-dosa.
-sebutirgaram-
2 comments:
sebutir garam ni sape?
ni baru nak berjinak2 nampak gaye...
a'ah baru nk jinak..skrg msih liar, hehe..
Catat Ulasan